CARI JODOH MALAYSIA OFFICIAL


Alhamdulillah, CJM telah ditemuduga oleh Universiti Malaya dan National University of Singapore untuk kajian bagaimana media sosial dapat menambah baik kualiti hidup. Terima kasih kepada fan cjm dan juga ahli NGO PEKA yang hadir memberi kerjasama.


nus.jpg
 

Alhamdulillah sepanjang tahun 2013, CJM telah berjaya menganjurkan program Jom Taaruf CJM (berkenal-kenalan) di beberapa buah negeri. Sambutan amat menggalakkan dan ramai yang bertanya tentang tarikh program yang akan datang. Program-program ini juga telah mendapat liputan akhbar Harian Metro.

 

Tujuan program ini diadakan ialah untuk ahli CJM berkenal-kenalan di dalam persekitaran yang terkawal dan menepati syariat Islam. Ini juga boleh dijadikan sebagai platfom ikhtiar jodoh. Antara aktiviti yang diadakan ialah solat berjemaah, BBQ, padanan calon melalui soalan-soalan yang disediakan dan pelbagai aktiviti lain.

 

Pada masa akan datang, CJM bercadang untuk memperluaskan program ini ke seluruh negara. Kandungan program ini juga akan ditambah baik dengan memasukkan slot-slot yang bermanfaat untuk semua.


 

Berikut adalah gambar-gambar program jom taaruf CJM 2013 yang telah dijalankan.

 

Program Jom Taaruf CJM Sungai Petani, 19 Oktober 2013 di Merdeka Beach Resort





 

Program Jom Taaruf CJM, Johor Bahru, 23 Oktober 2013 di Restoran Al Fayed






 

Program Jom Taaruf CJM Shah Alam, 30 November 2013 di Masjid Shah Alam




Untuk sebarang pertanyaan emel kepada pengurusan CJM di mycarijodoh@gmail.com atau wechat ID : carijodohmalaysia atau Whatsapp ke nombor 0123922006